Petang tadi ada customer tempat aku kerja datang print surat jemputan ke Majlis Asyura UMNO cawangan dia. Macam-macam jenis orang yang dijemput, tapi basically semuanya orang UMNO lah. Dari Tan Sri sampai lar ke rakyat-rakyat biasa ni.
Selama mamat ni duk datang guna perkhidmatan kat tempat aku kerja ni, tak tau la pulak aku dia ni ahli UMNO. Since dah tau dia ni ahli UMNO, terpikir pulak aku nak buat baik dengan dia. Ye lah, duk kat Malaysia ni, kita kena ramai 'orang-orang besar' untuk maju dalam perniagaan ke apa ker. Dan biasanya, 'orang-orang besar' ni berlambak dalam UMNO.
Tapi masalahnya, camne aku nak cakap erk, aku benci kat UMNO ni. Tapi, tu lah. Nak dapat apa-apa projek ni, kita kat Malaysia ni kena ada konteks dengan orang UMNO. Aku tau, kalu aku cuba baik-baik dengan orang UMNO ni, aku macam jual my soul to the devils. Nak wat camne, memang kita rakyat Malaysia ni dah dididik untuk beranggapan macam tu.
Nak maju dalam perniagaan ke apa ke, kena baik-baik dengan UMNO or any parties yang seangkatan dengannya.
Tak ke giler macam tu.
Tapi, kalu aku nak cuba majukan perniagaan, should I change my hatred towards them into 'lurveee'?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment